
![]() |
GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin. |
Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.
Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.
Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.
"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.
Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus.