Pendaki rakam imej menyeramkan

Gambar menunjukkan imej menyeramkan seperti hantu (dalam bulatan) yang telah dirakamkan oleh seorang pendaki di lereng gunung Tatra, Zakopane, Poland.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Seorang pendaki di Poland merakamkan gambar satu lembaga menyeramkan yang muncul dari dalam kabus di lereng gunung Tatra di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar menunjukkan imej menyeramkan seperti hantu (dalam bulatan) yang telah dirakamkan oleh seorang pendaki di lereng gunung Tatra, Zakopane, Poland. Lembaga seperti hantu yang dirakamkan menerusi kamera itu baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ilusi optik yang dikenali sebagai Hantu Brocken.

Fenomena itu sering berlaku apabila matahari menyinar di belakang seseorang yang melihat ke dalam kabus di lereng gunung dengan bayangnya berada di hadapan.

Kepala lembaga itu pula kelihatan timbul dan dikelilingi beberapa lingkaran cahaya disebabkan oleh biasan.

Ilusi tersebut sering kali berlaku di lereng gunung berkabus atau pemandangan berkabus dari dalam pesawat.

Bayangan tersebut diberi nama Hantu Brocken kerana bayangan seumpama itu ditemui pada 1780 oleh seorang saintis, Johann Silberschlag di Brocken yang merupakan puncak tertinggi pergunungan Harz, di Jerman.

Pendaki-pendaki gunung sebelum ini memiliki kepercayaan karut bahawa sesiapa yang melihat Hantu Brocken akan mati pada keesokan harinya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad