Pengarah Mamat Khalid Panggil Ustaz Pagar Lokasi Penggambaran Rumah Pusaka di Simpang Jalan


Pengarah Mamat Khalid Panggil Ustaz Pagar Lokasi Penggambaran Rumah Pusaka di Simpang Jalan

Beberapa orang Ustaz terpaksa dipanggil oleh pengarah terkenal, Mamat Khalid bagi memagar lokasi penggambaran filem terbarunya, Rumah Pusaka di Simpang Jalan bertempat di satu kawasan di Batu Gajah, Perak.

Mamat Khalid menceritakan proses penggambaran filem tersebut yang bertempat di sebuah banglo lama diganggu dengan pelbagai gangguan oleh makhluk halus menyebabkan dia terpaksa memagar kawasan itu dengan menggunakan khidmat ustaz.

Pada satu ketika, pengarah fotografi ternampak kelibat Mamat Khalid padahal kelibat itu sebenarnya bukanlah Mamat Khalid yang sebenar.


Bagaimanapun, kisah seram itu tidak diceritakan kepada pelakon sehingga Mamat Khalid sendiri mendedahkannya pada sidang media pratonton fillem tersebut di Kuala Lumpur. 


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad