Miteri tentang kematian seorang siswi Universiti Vancouver, Elisa Lam pada Januari 2013 di Hotel Cecil, Los Angeles sehinggi kini masih belum terjawab dan menjadi tanda tanya termasuk dari pihak berkuas.
Mayat mangsa telah ditemui oleh pekerja penyelenggara didalam sebuah tangki di atas bumbung hotel tersebut selepas hilang selama dua minggi itupun selepas pihak hotel menerima laporan air paip yang mereka guna di hotel itu berbau busuk dan mengandungi ketulan hitam.Kejadian itu menimbulkan lagi tanda tanya kerana bahagian bumbung hotel itu hanya boleh dinaiki oleh orang yang hanya memiliki kad akses sahaja.
Ada yang berpendapat Elisa mungkin dibawah penagaruh dadah tetapi ujian yang dilakukan terhadap mayatnya enujjukkan dia bebas dari sebarang pengaruh bahan terlarang itu.
Ramai masih tertanya-tanya mengenai kelakuan pelik Elisa pada malam sebelum dia dilaporkan hilang menerusi rakaman kamera litar tertutup(CCTV).
Dalam video ini dilihat gadis itu menaiki lif, tetapi lif tersebut tidak tertutup menyebabkan beliau telah cuba memeriksa tetapi tiada siapapun diluar lif tersebut.
Selepas itu bermulah perkara pelik apabila dilihat dia seolah-olah bercakap dengan "seseorang" dan kemudian kelihatan takut.
Sehingga kini rakaman video itu masih menjadi misteri disebaik kematiannya yang menimbulkan 1001 persoalan dikalangan pihak polis dan orang ramai.